Wednesday, November 12, 2014

Cantik dengan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Assalamualaikum dan selamat petang..

Kepada si cantik dan si tampan, tahukah uolss semua yg buah2 dan sayur2 pun mampu utk bantu awak2 semua jadi cantik tau.. mcm sy sendiri pn nak cantik tp x mampu jgk la nk telan buah2 dan sayur setiap hari.. opsss... hehehe.. tp skrg x kisah lg dah sbb sy pengamal multivitamin Vitalea dan Vita C.. senang, telan je.. hehe..

ok, ni sy nak share beberapa jenis buah dan sayur yang yg boleh uolss buat sendiri di rumah.. boleh jimatkan kos kan.. x perlu ke spa.. tp satu je la yg penting.. kene RAJIN.. hehehe



Manfaat Buah- buahan dan sayur- sayuran


Berikut adalah buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh merawat kulit wajah tanpa perlu memikirkan kesan sampingan..rawat kulit semulajadi kan ..hihihi


KIWI
- Dapat membantu mencerahkan kulit wajah serta membersihkan kotoran serta sel kulit mati yang terkumpul pada liang2 kulit wajah. Haluskan buah kiwi dengan cara mengisar. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selamat 10 minit atau hingga kering. Bilas dengan air sejuk.


KUBIS
- Selain dicampurkan dalam bahan makanan, kubis juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan. Kubis mengandungi pelbagai vitamin penting seperti Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin K. Kandungan nutrisi dalam kubis dapat mencantikkan dan menyihatkan kulit.
- Kukus beberapa helai kubis sehingga lembut, kemudian perah dengan tuala kecil yang kering dan bersih sehingga semu cecair dalam kubis berpindah pada tuala. Setelah itu letakkan tuala pda wajah. Biarkan semalaman, kemudian bilas wajah hingga bersih. Kandungan sulfur yang terkandung dalam kubis merupakan bahan yang dikenalpasti mampu mengatasi dan mencegah jerawat. Gunakan masker dari jus kubis untuk mencegah jerawat.


LIMAU NIPIS
- Limau nipis mempunyai kandungan Vitamin C dan Zat anti oksidan yang bermanfaat untuk mengecilkan liang2, menghalus dan mencerahkan kulit wajah.
- Belah buah limau nipis menjadi 2 bahagian , setelah itu perah dan ambil airnya, lalu oleskan pada kulit wajah secara rata. Biarkan lebih kurang 10 hingga 20 minit. Kemudian cucilah wajah dengan air suam. Teruskan membasuh wajah dengan air sejuk.


EPAL
- Buah epal mempunyai manfaat untuk mengurangkan lebihan minyak pada wajah, Dalam masa yang sama juga, ia mampu merawat kulit wajah.
- Caranya , hancurkan buah epal dengan pengisar. Sebaiknya jangan tambah air sedikit pun ketika epal dikisar . Setelah itu oleskan pada wajah selama 30 minit , lalu bilas dengan air bersih. Hasilnya anda akan dapat kulit wajah lembut dan berseri,


TOMATO
- Tomato kaya dengan zat anti oksidan yang dapat membantu mengatasi iritasi pada kulit akibat sinar matahari , mengurangkan bintik hitam dan mencerahkan warna kulit.
- Caranya haluskan sebiji buah tomato , lalu campurkan dengan 1 sudu madu, Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 15 minit . Kemudian basuhlah wajah dengan air suam.


PISANG
- Buah pisang bermanfaat untuk meremajakan kulit dan membuatkan kulit wajah menjadi lembap dan kenyal.
- Caranya hanya dengan mengambil sebiji pisang , kupas kulitnya dan hancurkan buahnya. Selepas itu tambah 1 sudu madu ke dalam pisang yang telah dihancurkan tadi dan oleskan secara rata pada wajah. Biarkan selama 30 minit . lalu bersihkan dengan kapas dan air suam.


TIMUN
- Timun mempunyai manfaat untuk mengangagkat noda2 hitam pada wajah dan boleh membuatkan kulit wajah kelihatan berseri.
- Caranya ambil 1/2 biji timun , kupas hingga bersih . Lalu tambahkan 1 sudu susu tanpa lemak dan 1 sudu yogurt. Kisar semuanya hingga halus. Setelah itu, oles kan pada wajah selama 20 minit dan bilas dengan air suam.


AVOKADO

- Selain untuk menurunkan lemak pada badan. Avokado juga boleh digunakan untuk menjaga kelembapan pada kulit dan memberi nutrisi yang boleh melicinkan kulit wajah. Avokado mempunyai kandungan Vitamin E dan Vitamin C.
- Caranya, lenyekkan avokado dengan sudu atau pengisar. Oleskan pada wajah hingga rata. Biarkan selama 15 minit . Selepas itu, bilas dengan gunakan air bersih.


TERATAI
- Ambil kelopak dari bunga teratai. Tumbuh kelopak teratai hingga halus dan campur dengan madu dan susu untuk membuat pes.
- Gunakan larutan ini seminggu sekali untuk cerahkan kulit secara semulajadi.


UBI SENGKUANG

- Jadikan sebagai masker. Parut sengkuang untuk mendapatkan airnya. Kemudian tuangkan air perahan sengkuang tadi ke dalam mangkuk dan biarkan bagi mendapat mendapan dari sengkuang. Kemudian buang airnya dan tinggalkan sisa sengkuangnya saja. Mendapan ini lah yang dijadikan masker.
- Sapukan pada wajah secara merata hingga kering . Biarkan wajah selama lebih kurang 30 minit , Jika sudah cukup kering , bilas wajah dengan air bersih .Wajah anda akan terasa segar dan bersih dan lakukan secara rutin khususnya sebelum masuk tidur.


STRAWBERI
- Buah strawberi mengandungi asid salisiat (salah satu jenis asid beta-hydroxy yang membantu mengetatkan pada kulit wajah) , silika, serta Vitamin B, C, E dan K yang mempunyai kemampuan menyihatkan meremajakan kulit wajah, mencerahkan dan mengetatkan pori kulit wajah.
- Pilihlah buah strawberi yang masih segar, kemudian cuci bersih dan pisahkan dari batang dan daunnya. Kemudian lumatkan hingga benar2 halus. Sapukan pada seluruh kulit wajah . Jangan terkena pada mata dan biarkan selama lebih kurang 15 minit , Setelah itu bilas dengan air bersih atau suam.Boleh juga ditambah dengan sedikit putih telur . 1 sudu makan air mawar dan beberapa titis minyak essential yang sesuai dengan kulit wajah.Lakukan rawatan ini dua kali seminggu.


BETIK
- Betik boleh digunakan sebagai peeler kerana mengandungi enzim yang boleh meluruhkan ssel2 kulit mati sehingga kulit menjadi bersih dan kelihatan licin.
- Caranya ambil kira-kira 1/4 buah betik yang masak. Kupas dan lumatkan ,sapukan pada wajah. Biarkan lebih kurang 10 minit . Kemudian cucikan wajah dengan air suam. Rawatan kulit dengan buah betik sangat sesuai dengan semua kulit wajah.


Macam2 jenis buah dan sayur ada kan?? dan ianya sangat mudah.. tempek je kat muka.. nnt mesti rasa fresh mcm buah dan sayur baru petik.. hehehe.. 

tapi kalau uolss malas jugak nak buat semua ni sebab kesibukan kerja atau kesibukan menguruskan kerja2 harian, uols boleh dapatkan produk shaklee yg sememangnya untuk KESIHATAN & KECANTIKAN bukan saja utk luaran, malah dalaman juga, jgn segan silu utk hubungi saya ye.. layanan ekslusif utk anda tau..

Sekian. 


 Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment