Monday, November 10, 2014

Roti Jala a.k.a Pukat Buruk Kuah Manis

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ni nak cite pasal semalam.. Omputih kata terobek.. Dek kerana teringin sgt nak makan roti jala aka pukat buruk ni, semangat la nk menjala ptg semalam.. tambah plak dgn pok sedara sorg ni yg hantu pukat buruk jugak, lg bertambah la semangat kami nk menjala..

Nak dijadikan cerita, kat umah aku ni x de kuali leper dan sarang pukat buruk tu.. so, dia pagi2 lagi dah g jengah kat sunway pyramid cari 2 benda penting tu.. tp hampa, yg ada hanya kuali, sarang nye xde..

Last2 ak plak ngn encik suami kuar g cari sarang tu.. habis semua kedai pegi tp xde jgk.. last choice.. MYDIN.. dgn malasnya pegi la jugak kan.. malas bukan apa. Bila weekend tahu2 je la mydin tu.. penuh dgn makhluk Allah.. mmg penuh sangat.. parking pun dah hujung tanjung.. ayyooo

Ok, akhirnya.. kami berjaya menjumpai sarang pukat buruk tu.. balik umah, terus projek kt dapur..

Jom tengok resepi..

Resepi Roti Jala:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Campur ke semua bahan2 ni then blender je senang sbb nk kasi xde ketul2..bila ad ketul2 tu nnti sarang asyik tersumbat je.. leceh.. Lepas blend tu tapis la sekali ye

Resepi Kuah Manis:
Sekotak santan
Nisan kerek/gula melaka/gula perang (optional apa yg ada)
Gula (optional)
Telur (optional)
Secubit garam
Daun pandan

Masak kesemua bahan ni atas api.. agak2 rasa dah sedap, boleh tutup dan selamat untuk di hidang..

Dan inilah hasilnya..


Mudah je kan?? Yg bestnya.. 1st buat tu x cukup.. gigih la g menjala lagi sekali.. makan sampai puas.. hahaha..

Selamat mencuba.. ni resepi terengganu mari ye..

Nak dapatkan produk kesihatan Shaklee boleh contact saya ye..


 Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment