Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Tuesday, September 30, 2014

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni KakLong nak bagi pencerahan sikit tentang pentingnya ACID FOLIC kepada wanita sebab nampak pada gayanya masih ramai yang amek remeh tentang kepentingannya.. Ini termasuklah KakLong sendiri.. hihi.. Tp itu semua masa belum kawen dulu.. Sekarang ni xleh tinggal dah.. Kalau uolss nak tau, dengan izin Allah, selepas consume B Complex Shaklee (yg femes dgn acid folic nya) saya disahkan pregnant.. Syukur..

Ok, jom kenali Acid Folic.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?

  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
                     - Sumbing lelangit (cleft palate)
                     - Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
                     - Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
                     - Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?


Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?

  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

sumber: http://drzubaidi.com.

Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.




NAK suplemen yang ada FOLIC ASID?

Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

          

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Haaa... dah nampak kan kepentingan ACID FOLIC?? So ape tunggu lg wanita2 di luar sana? Hubungi saya segera..

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.

Monday, September 29, 2014

BATU KARANG HEMPEDU

Kenali BATU KARANG HEMPEDU.



Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.




Tanda-Tanda

- Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

- Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

"Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

- Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

"Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

"Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

"Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.


Faktor-faktor Risiko


Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:


  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu


1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.


Supplement Shaklee untuk Batu Karang Hempedu


Kepada yg mengalami penyakit ini, saya cadangkan uolss untuk ambik VIVIX kerana VIVIX adalah penyelesaian terbaik kepada penyakit KRONIK. InsyaAllah dengan izinNYA..

Hubungi saya ye.

Hidayah
0136448443
Pengedar Shaklee

Thursday, September 25, 2014

Bermasker dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum uolss..

Selamat petang..
Petang2 camni kaklong nak share satu rahsia besar ttg produk shaklee ni..
Agak2 apekah rahsia tu ye??
Alaa.. tgok tajuk besar tu dah tau kan..

Ok, straight to da point la kan..
Kaklong nk bgtau ada beberapa produk shaklee yg boleh dibuat masker. Hasilnya??
Hasilnya mesti la kebabommm kawan2..
Kaklong xkan share kalau x de hasil ok..

Antara produk yg boleh buat masker:
  • Vita C
  • Esp
  • Vivix
  • Alfalfa
  • Vita E
  • Collagen
Kt bawah ni ada beberapa bukti berkenaan dgn apa yang kaklong cakap ni..



  Kredit to: Zaty, Nanny Shaklee



Kredit to: Diri Sendiri

Haaa nampak kat situ kan..  
kami semua dah cuba.. anda semua bila lagi??
Jom la cantik mulus secara semulajadi..
xperlu nak cucuk tang sana, cucuk tang sini sbb nk cantik mulus..
Hubungi saya segera untuk kesan yang lebih cepat..
 

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee

Tuesday, September 23, 2014

Khasiat Halia - Halia Penawar Serba Guna



Herba pelbagai khasiat HALIA dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.

Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit terutama masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin yang turut menjalankan kajian dan mengumpul maklumat herba memberitahu, dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut.

``Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan,'' katanya ketika ditemui selepas Pameran Ulam dan Peram di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Zainal Abidin, bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

``Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas.

``Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut,'' ujar beliau.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Sementara itu, kata Zainal Abidin, halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Shaklee juga menawarkan produk untuk mengatasi masalah angin ini iaitu Papermint Ginger Plus.








Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai fungsi dan khasiat yang tersendiri setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Fungsi dan kelebihan Peppermint Ginger Plus ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
 Nak order Shaklee?? Boleh hubungi saya terus di talian 0136448443.

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee

Friday, September 19, 2014

Garlic Shaklee : Kelebihan dan Keistimewaan




Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

- Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
- Menormalkan keseimbangan lipoprotein
- Menurunkan tekanan darah
- Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
- Berfungsi sebagai anti-oksidan
- Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
- Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
- Bantu rawat asthma




Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee:

1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana
mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung
dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan
pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Monday, September 15, 2014

Khasiat Zinc Complex Shaklee

Apa itu Zinc
Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.


Sumber Zinc
Sumber Penting: sumber makanan penting zink termasuk produk berasaskan daging. Produk-produk lain seperti tiram, turnips, kacang, oat, kacang tanah, badam, bijian gandum penuh, biji labu, akar halia dan kacang kemiri.


Kelebihan Zinc Shaklee

1. Dirumus dari gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium & serbuk alfalfa untuk hasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
2. Sesuai untuk pengambilan jangka panjang
3. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh.


Berapa banyak zinc yg anda perlukan?


Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg



Gejala Kekurangan: Tanda-tanda kekurangan zink termasuk:

PTerencat pertumbuhan
PTekanan darah rendah
PTulang terbantut
PHilang selera makan
PHilang deria bau dan rasa
PKemurungan, kulit kasar
PPenurunan berat badan
PKulit pucat
PCirit-birit
PKeguguran rambut
PKeletihan
PBintik putih di bawah kuku.

Kebaikan Zinc:

Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser .

Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut .

Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.So bagi anda yang mengalami keguguran rambut, bolehlah mencuba Zinc Complex. Selain itu, Zinc juga amat baik untuk proses penyembuhan luka... Sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang, atau mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Zinc juga amat bagus untuk kesuburan.


So bagi anda yang mengalami keguguran rambut, bolehlah mencuba Zinc Complex. Selain itu, Zinc juga amat baik untuk proses penyembuhan luka... Sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang, atau mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Zinc juga amat bagus untuk kesuburan.


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb..

Hidayah
0136448443
SID: 1088306

Saturday, September 13, 2014

CADANGAN SET KULIT GEBU GEBAS SHAKLEE

Hai uolssss... Semoga ceria sokmo ye.. Okey k k.. Bila sebut kulit gebu gebas ni pastinya semua org nak kn? X terkecuali jgk saya.. Hehe.. Cantik pun utk sape.. Utk diri sendiri jgk kan.. Dan yg penting utk suami juge.. Hihi.. 
Jom tgok satu2 khasiat vitamin shaklee dlm set kecantikan ni..



Vita E:
~Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
~Melindungi kulit dari sinar ultra ungu
~Menjaga kelembapan kulit

Vita C:
~Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit
~Mencerahkan kulit

ESP:
~Rahsia awet muda
~Anti penuaan
~Kulit cantik dan anjal

Jadi apa tunggu lagi.. Jom serbu set gebu gebas ni.. Harga pastinya gebu gebas juga..

#Cantik
#Gebu
#Kecantikanlumrahwanita

Hidayah |0136448443
Shaklee Independent Distributor

Wednesday, September 10, 2014

Kisah 'orang ke tiga' kami Part 1

Assalamualaikum..

Hari ni nk cite sikit la pasal diri ini..
selama ni duk cite pasal Shaklee je kan..
eh, opkos la..
kan dah jatuh cinta dgn shaklee..
mesti la cite shaklee je..
hehe

Alhamdulillah, x lama lg diri ini bakal bergelar mummy..
syukur sangat padaNYA krn memberi peluang utk merasa nikmat ini..
Tanggal 25 August, kami suami isteri ke PPUM untuk mengesahkan kehadiran orang ke tiga kami..
dan syukur Alhamdulillah, Sister yg scan tu kata baby dah masuk minggu ke-8 mengikut scan..
Tapi menurut doktor yg periksa tu, dia kata baby dah 10 mggu..
x kisah la mana2 pun, janji baby sihat kan..
haa... masa cek tu kan rasa happy sgt sbb baby dh membentuk..
nampak dah tangan, kaki, heartbeat dia..
sweet sgt...

Hari ni dah genap 3 month dah..
ni ikut kiraan klinik kesihatan la..
Hopefully anak mummy baik2 saja..
Almaklumlah 'kami' ni kene tinggal ngan daddy..
daddy g outstation kt hong kong..
16 sept ni daddy balik..
sabar ye baby..
x lama dah daddy nk balik..
anak mummy baik kan..
syukur sgt2 setakat 3 bulan ni, sy xde alahan teruk..
setakat angin tu je..
untuk muntah2 mcm org lain tu xde la sgt..
biarlah keadaan ni berterusan kan..
x larat kot nak hadap muntah hari2..
hehe

ok, nnt kita continue lg kisah ni ye.. (xtau la bila leh sambung ni..hihi)
babaiii... baby nk rehat plak...

Klik untuk dapatkan set kesuburan shaklee




Tuesday, September 9, 2014

Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum..

Jom tengok maanfaat Meal Shakes untuk anak ada 

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu).




Meal Shakes sesuai untuk semua golongan termasuk bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, pilihlah Meal Shakes...Jom lihat apakah manfaat nye Meal Shakes ini:-

Manfaatnya:-

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Hidayah
1088306
0136448443

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

CANTIK?? Memang dh sinonim dgn wanita kan?tapi nk kulit cantik pun perlu berusaha jgk ye syg2..apa usaha uolls untuk cantik?? Ada ke uolls menitikberatkan penjagaan kulit wajah dgn kesibukan sehari hari??kalau ad bagus lah...tp kalau tidak uolls perlu berusaha mendapatkannya ye...yela sape nak digelar tua sebelum usia kn.....

Semua org sibuk duk ambil collagen...tp uolls tahu tak apa itu collagen??

Collagen adalah sejenis protien yang menyumbang kpd kulit yang sihat dan cantik] Tapi.....semakin meningkat usia, semakin kurang collagen yg ada dlm badan kita....itu tandanya kulit uolls pn semakin ke arah penuaan....hati2 ye....

Kurangnya collagen menyebabkan tanda2:-

- Kulit muka kendur
- Kulit kering dan berkedut
- Kulit kurang anjal
- Kulit kusam
- Rambut halus dan gugur
- Kuku rapuh dan mudah patah
- Pigmentasi

Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dgn pengambilan collagen...
Banyak sgt produk collagen di pasaran??Tak tau nk pilih yg mana?? Semestinya collagen powder dpd Shaklee adalah yg terbaik....jom semak apa kandungannya:

- Mengandungi 400 mg proprietari RSS collagen
- Mengandungi collagen yg tulen, berkualiti tinggi dan diekstrak dari sisik ikan merah( sumber collagen dari sisik ikan merah adalah yg terbaik)
- Molekul yg ringan dan mudah diserap oleh badan
- Mengandungi 7 bahan tambahan termasuk vitamin B dan C

Uolls boleh tgok gmbr di bawah.....mmg byk sgt kelebihan Shaklee collagen powder ni kn...?? Memang tak perlu ragu2..collagen dpd Shaklee sememangnya menepati citarasa uolls smua....collagen dlm bentuk minuman adalah terbaik dan cepat serap....so, Shaklee lah jawapannya!



Meh cepat2 dapatkannya daripada sy. Boleh terus pm@whatsapp sy.:))

# Collagen Shaklee
# atasi penuaan

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2014-COLLAGEN dan MEALSHAKE

Wahhhh... menarik bukan Promo September tahun ni?? nak habaq hang, September ni Shaklee dgn berbesar hati buat 2 promo sekaligus iaitu Collagen dan Mealshakes!! Promosi berganda okei..

Memang beruntung la buat sape2 yg mementingkan kecantikan dan ibu2 yang nak anak mereka sihat sejahtera selalu.. Mak beli Collagen, untuk anak mak beli Mealshakes.. Macam sorg retis kita si KakRita Rudaini ni.. untung badan kan.. hehe


Haa..nampak tu.. Kak Rita dah grab utk ank dia..




Jangan lepaskan peluang untuk dapatkn 2 produk terhangat Shaklee iaitu COLLAGEN POWDER & juga MEALSHAKE untuk sepanjang bulan SEPTEMBER.uolss nak beli secara loose item pun boleh..nak lagi best jom grab COLLAGEN BUY 6 FREE 1 dan juga MEALSHAKE BUY 3 FREE 1.hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA!.:-)

Klik sini untuk Collagen Powder
Klik sini untuk Mealshakes Shaklee

Jom hubungi saya segera..

Hidayah
0136448443
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...