Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Kek Minyak

Mudah je wat kek ni..sape sape yang suke masuk dapur dan bakor kek tu boleh la wat.
saya wat pun kebetulan sebab oven dah dikeluarkan dari kotak sebab duk bakor cornflakes madu.
tak raya pun bakor cornflakes sebab ada kawan nak. mak buyung biasa la, nak makan yang pelik2 kan. tp ni xde la pelik mane pun. hihi



RESEPI KEK MINYAK

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

- Panaskan oven suhu 170'C
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
- Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
- Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
- Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (guna api atas bawah ye)
- Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Mudah je kan?? 

Macam biasa husband akan bawak g opis dan macam biasa jugak, laku macam goreng pisang panas.. hihi..


Ok bai.

Monday, November 10, 2014

Roti Jala a.k.a Pukat Buruk Kuah Manis

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ni nak cite pasal semalam.. Omputih kata terobek.. Dek kerana teringin sgt nak makan roti jala aka pukat buruk ni, semangat la nk menjala ptg semalam.. tambah plak dgn pok sedara sorg ni yg hantu pukat buruk jugak, lg bertambah la semangat kami nk menjala..

Nak dijadikan cerita, kat umah aku ni x de kuali leper dan sarang pukat buruk tu.. so, dia pagi2 lagi dah g jengah kat sunway pyramid cari 2 benda penting tu.. tp hampa, yg ada hanya kuali, sarang nye xde..

Last2 ak plak ngn encik suami kuar g cari sarang tu.. habis semua kedai pegi tp xde jgk.. last choice.. MYDIN.. dgn malasnya pegi la jugak kan.. malas bukan apa. Bila weekend tahu2 je la mydin tu.. penuh dgn makhluk Allah.. mmg penuh sangat.. parking pun dah hujung tanjung.. ayyooo

Ok, akhirnya.. kami berjaya menjumpai sarang pukat buruk tu.. balik umah, terus projek kt dapur..

Jom tengok resepi..

Resepi Roti Jala:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Campur ke semua bahan2 ni then blender je senang sbb nk kasi xde ketul2..bila ad ketul2 tu nnti sarang asyik tersumbat je.. leceh.. Lepas blend tu tapis la sekali ye

Resepi Kuah Manis:
Sekotak santan
Nisan kerek/gula melaka/gula perang (optional apa yg ada)
Gula (optional)
Telur (optional)
Secubit garam
Daun pandan

Masak kesemua bahan ni atas api.. agak2 rasa dah sedap, boleh tutup dan selamat untuk di hidang..

Dan inilah hasilnya..


Mudah je kan?? Yg bestnya.. 1st buat tu x cukup.. gigih la g menjala lagi sekali.. makan sampai puas.. hahaha..

Selamat mencuba.. ni resepi terengganu mari ye..

Nak dapatkan produk kesihatan Shaklee boleh contact saya ye..


 Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.


Sunday, October 12, 2014

Apam Pelangi Gebu

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ni tetiba mood ter'rajin' plak.. sebab rajin tu mada bangun tido nampak org post gambar kek kat fb.. terus kejut hasben suh g beli ovellete dan pewarna.. hihi...

Settle buat sarapan bum bang bum bang, masuk dapur buat kek plak.. keluarkan senjata dan alat2 perang utk bertarung..

Antara bahannya:

๐ŸŒธ4 biji telur

๐ŸŒธ2 sudu teh ovellet

๐ŸŒธ1 sudu teh esen vanila

๐ŸŒธ300 gm tepung gandum

๐ŸŒธ220 gm gula halus

๐ŸŒธ250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)

๐ŸŒธ1 sudu teh baking powder

๐ŸŒธpewarna

Ni antara bahan2 nya


Cara2nya pun mudah je:

●Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.

●Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.

●Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.

●Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.

●Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Ni gambar sebelum kukus. Hudus kan sebab sy hentam je ni.. x ikut cara resepi.. hihi



Haaa.. mudah je kan?? Kejap je nak buat ni...

Sape2 yg nk try boleh la guna resepi ni ye..

Selamat mencuba ใƒ„

Friday, January 17, 2014

Nasi Dagang Terengganu


Hye sayang2 semua.. Petang ni saya nk share resepi nasi dagang Ganu.. Pioorrrrr dari Ganuuuuu.. Sluurrrpppppp

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang 

3 Cawan Beras Siam 
1 Cawan Beras Pulut 
2 Cawan Santan Cair 
2 Cawan Santan Pekat 
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus) 
1 Inci Halia(dihiris halus) 
Sedikit Alba 
Garam Secukup Rasa

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus) 
1 Mangkuk Santan 
2 Sudu Besar Rempah 
10 Ulas Bawang Merah} 
1 Ulas Bawang Putih } 
½ Inci Halia } Dikisar 
½ Inci Lengkuas } 
3 Keping Asam 
5 Sudu Besar Cili Giling 
Sedikit Cili Padi 
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara:Cara-cara Membuat Nasi Dagang: 

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan. 

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu: 

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu 
Cadangan Hidangan:Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orangTambahan:1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun 
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung 
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Selamat mencuba :)

Sumber: Orang lama

Tuesday, January 7, 2014

Resepi Creamy Carbonara Termudah!!

Assalamualaikum..

Selamat pagi!!

Setiap pagi mesti terpikir nak masak ape utk breakfast!! Ini la rutin bila dah jadi wife mithali neh.. Hehe.. InsyaAllah.. Doakan saya ye.. 

Jenguk2 dapur tengok ada la bahan2 nak buat carbonara.. Hasben saya ni simple.. Masak je ape pun janji ada rasa dan sodap!! Itu semestinya lah.. huhu..

Ni saya nak share resepi saya.. Resepi saya sendiri okeh.. Korang boleh nk try sbb rasa pun not bad.. Encik Hasben kata sedap dan berlemak!! Selagi dia kata sedap tu maknanya sedap la tu.. hehe

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1 botol Prego Creamy Carbonara
Mushroom - terpulang nak letak banyak mane (hiris nipis)
1 cawan fresh milk
sosej (hiris nipis)
ayam (potong kecil2)
serbuk perasa (terpulang nak letak ke x nak)
Fettucini
Minyak untuk menumis

Cara membuat:

1. Rebus Fettucini dulu smpai lembut. Dah lembut toskan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan Prego Creamy Carbonara. Korang boleh kurangkan kalau setakat masak untuk 2 org tu.. Xyah membazir.. Hehe.
4. Masukkan susu kemudian kacau. Nanti korang leh nampak betapa creamynya dia..
5. Masukkan ayam, mushroom dan sosej.
6. Last sekali masukkan perasa. Yang ni terpulang pada korang la nak rasa macamne..

Siap!!!

Ha... Senang je kan.. X perlukan banyak bahan pun.. 



*sorry gambar dah siap xde.. Xsempat nak ambik gambar.. Encik asben dah makan dulu.. Xtahan ngn bau katenye.. hehe

Selamat mencuba!!

Sunday, January 5, 2014

Resepi Ikan Singgang Terengganu


Ikan Singgang


1 ekor ikan Aya/tongkol atau ikan Kembong 
¼ inci Lengkuas 
4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit 
2 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
3 keping asam gelugor 
2 biji cili hidup dipatahkan 

garam secukup rasa 
air secukupnya

Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak.
Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.




Selamat Mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...