Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Monday, March 2, 2015

[Promosi Shaklee March 2015]


Untuk sepanjang bulan March,Shaklee menyediakan 4 PROMOSI besar-besaran iaitu:-


√ ESP BUY 6 FREE 1
√ ESP TWIN PACK (DISCOUNT 5%)
√ ZINC COMPLEX BUY 3 FREE 1
√ VITALEA FOR CHILDREN BUY 3 FREE 1

Dengan promosi besar-besaran ini,ditambah pula dengan HARGA PROMOSI,inshaAllah semua mampu mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik.
Penjimatan berganda jika anda beli secara borong.nak beli secara loose item pun boleh.Pm saja saya untuk details.wink emoticon
Jom sihat bersama Shaklee!


Hidayah | 0136448443
Pengedar Sah Shaklee

Monday, January 12, 2015

Kanser Prostat

Pengenalan
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.
Apakah itu Kanser Prostat?
Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
Penyebab/Faktor Risiko
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
  1. Usia
    Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.
  2. Sejarah Keluarga
    Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
  3. Hormon
    Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
Tanda & Gejala.
Gejala kanser prostat:
  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya
Diagnosa kanser prostat:
  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test
    Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination (DRE)
    Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) 
    Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.
  4. Biopsy
    Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan
    CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.
Peringkat kanser prostat:
  • Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.
  • Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang

Tetapi jika anda mempunyai masalah atau simptom-simptom berkaitan masalah prostat yang saya kongsikan diatas tadi, saya rasa anda perlu cepat-cepat pergi membuat pemeriksaan di hospital. Jangan biar terlalu lama dan menjadi lebih teruk lagi. Kemudian anda boleh ambil tindakan untuk merawat masalah prostat ini.

InsyaAllah saya ingin mengajak anda saya sedang membaca ini dimana mungkin sedang berusaha mencari produk untuk merawat atau mencegah masalah prostat ini dengan berikhtiar menggunakan produk Shaklee.


Omega Guard








♥♥Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
♥♥Mengurangkan keradangan
♥♥Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Vita E Complex








♥♥Antipenuaan
♥♥Memperbaiki parut
♥♥Melindungi jantung
♥♥Memperbaiki arthritis
♥♥Antioksidan yang kuat
♥♥Menghalang keguguran
♥♥Kelestarian seksual dan tenaga
♥♥Meningkatkan reproduktif dan kesuburan

Zinc Complex








♥♥Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat.
♥♥Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.



Vivix


















♥♥Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
♥♥Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
♥♥Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
♥♥Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
♥♥Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
♥♥Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
♥♥Membantu dlm proses penurunan berat badan
♥♥Menyokong kesihatan mata
♥♥Meningkatkan kesihatan imum badan
♥♥Menggalakan kesihatan keseluruhan


Jika anda berminat boleh pm saya ye..


Wallpaper murah, senang dan mudah dipasang.

Assalamualaikum dan selamat malam..

Malam ni dayah nak share sikit fenomena yang menjadi kegilaan segelintir wanita di abad ini.. hehe.. nak tau fenomena ape? Tu haa, tengok tajuk pun dah tau.. fenomena wallpaper.. alaa.. wallpaper kat dinding umah tu.. hihi.

Ngan dayah2 sekali terjebak dengan fenomena ni.. eh jap, husband pun turut menggilainya.. hihi..

Bukan ape, ianya disebabkan oleh harga wallpaper ni murah.. dah la murah, senang nak pasang pulak tu.. koyak dan tampal je.. x de susah sangat pun.. kalau susah pun sebab nak kene panjat tangga atau kerusi bagi yang gayat tu.. itu je pun.. hihi.. 

Ohh ye.. mesti nak tau harga nya kan.. ye lah, cakap murah, tapi berapa hengget?? Harganya ialah RM19.90 sahaja segulung.. saiznya 10m x 45cm.. berbaloi la jugak.. kalau nak beli boleh dapatkan di KAISON.. x semua tempat ada Kaison ni.. kalo Lembah Kelang ni yang ada hanya di Paradigm Mall dan Festival City je..

Ni gambar yang dah siap pasang td..

Ok, bawah ni koleksi wallpaper di kaison..



Ecely banyak lagi.. korang nanti g lah ushar sendiri.. kompem rambang mata.. ehehe.



Wednesday, January 7, 2015

Garlic Complex

Kod Produk:10127 (120 tablet)
Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.
Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*
Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Kod Produk:11003 (850g)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Herb-Lax™

Kod Produk:11007 (120 tablets)
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Tuesday, January 6, 2015

Set Kesihatan Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share pasal vitamin untuk kanak2 Shaklee ni. Sebagai ibu bapa mestilah nak beri yang terbaik untuk anak2 dalam proses pembesaran yang sihat. Maklumlah zaman sekarang ni tak macam zaman mak ayah kita dulu, macam2 pencemaran dan penyakit, jadi sistem imun badan kita perlulah kuat untuk hidup dengan lebih sihat dan sejahtera khususnya untuk anak2 yang sentiasa aktif sepanjang hari...

Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam2 lagi..

Ni saya cadangkan beberapa vitamin untuk anak2: 





















Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan:


1. Meal Shakes

# Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
# Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
# Rendah lemak dan rendah glisemik
# Sumber protein dan kalsium
# Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

APAKAH KHASIAT MEALSHAKE INI?

* Meningkatkan sistem imun anak.Jadi anak tidak mudah mendapat penyakit.jka sakit akan cepat sembuh.
* Meningkatkan selera makan anak.
* Memabantu mengurangkan masalah eczema
* Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparutakan cepat hilang.
* Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
* Membantu mencantikkan tekstur kulit.
* Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari..
* Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bg ibu yang tiada selera makan.
* Bagi bu yang menyusukan,mealshake juga membantu melancarkan penyusuan ibu....


Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.



2. OmegaGuard

# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi
# Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
# Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.



3. Chewable Vita-C @ 100mg
# Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
# Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
# Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
# Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
# Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan



4. Vita-Lea® for Children Chewable

# Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
# Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
# Baik untuk kesihatan
# Sumber harian tambahan bagi vitamin B




Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan set vitamin kanak2 ini anda boleh hubungi saya melalui:


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...