Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Tuesday, December 9, 2014

Kek Minyak

Mudah je wat kek ni..sape sape yang suke masuk dapur dan bakor kek tu boleh la wat.
saya wat pun kebetulan sebab oven dah dikeluarkan dari kotak sebab duk bakor cornflakes madu.
tak raya pun bakor cornflakes sebab ada kawan nak. mak buyung biasa la, nak makan yang pelik2 kan. tp ni xde la pelik mane pun. hihi



RESEPI KEK MINYAK

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

- Panaskan oven suhu 170'C
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
- Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
- Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
- Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (guna api atas bawah ye)
- Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Mudah je kan?? 

Macam biasa husband akan bawak g opis dan macam biasa jugak, laku macam goreng pisang panas.. hihi..


Ok bai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...