Orang kata pemakanan yang diamalkan oleh ibu ketika merancang kehamilan boleh mempengaruhi apa jantina anak dalam kandungannya. Benarkah? Secara tradisionalnya, memang orang tua-tua ada berkongsi petua semula jadi tersebut.
Namun, secara saintifiknya ia juga telah dinyatakan tentang kuatnya pengaruh makanan dalam membentuk jenis jantina anak. Apa yang dimakan oleh ibu mempengaruhi jantina bayinya. Mahu lelaki atau perempuan? Hasil kajian yang dilakukan oleh Scientists at Oxford and Exeter Universities terhadap 740 wanita, mendapati wanita yang mengambil makanan tinggi kalori ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.
Dalam kajian tersebut, pola pemakanan wanita dicatat dalam tempoh masa setahun. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kalori tinggi, sederhana dan rendah. Sebanyak 56 peratus wanita yang mengambil makanan tinggi kalori berjaya melahirkan bayi lelaki dibandingkan dengan ibu yang makan makanan berkalori sederhana dan rendah.
Pakar yang melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti yang banyak berjaya melahirkan bayi lelaki. Pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi, jadi benarlah petua tradisional yang mengatakan jika hendak anak lelaki, banyaklah makan pisang sebelum melakukan hubungan seks dengan suami. Bahkan banyak minum susu sebelum mengandung juga dikatakan kemungkinan besar mendapat anak lelaki adalah tinggi.
Kredit: Pa&Ma
No comments:
Post a Comment