Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Sunday, October 12, 2014

Apam Pelangi Gebu

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ni tetiba mood ter'rajin' plak.. sebab rajin tu mada bangun tido nampak org post gambar kek kat fb.. terus kejut hasben suh g beli ovellete dan pewarna.. hihi...

Settle buat sarapan bum bang bum bang, masuk dapur buat kek plak.. keluarkan senjata dan alat2 perang utk bertarung..

Antara bahannya:

🌸4 biji telur

🌸2 sudu teh ovellet

🌸1 sudu teh esen vanila

🌸300 gm tepung gandum

🌸220 gm gula halus

🌸250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)

🌸1 sudu teh baking powder

🌸pewarna

Ni antara bahan2 nya


Cara2nya pun mudah je:

●Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.

●Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.

●Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.

●Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.

●Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Ni gambar sebelum kukus. Hudus kan sebab sy hentam je ni.. x ikut cara resepi.. hihi



Haaa.. mudah je kan?? Kejap je nak buat ni...

Sape2 yg nk try boleh la guna resepi ni ye..

Selamat mencuba ツ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...