Mindset Puan S :
Saya tak nak lah ambil produk2 supplement, sebab bila kita stop ambil, kulit jadi teruk balik. Dah mcm efek ketagihan pulak, kna amek sokmo. tak boleh x de..
meh2 acik imm kasi basuh sikit mindset puan S..
Sebagai manusia kita perlu makanan untuk terus hidup. Kita makan nasi, siakap 3 rasa, ayam goreng kunyit, sotong celup tepung, tomyam campur, sayur kailan ikan masin, sambal belacan, bubur pulut hitam, air sirap limau, hamboiiii x habis nak list.
Makanan yang kita makan ni lah yang bekalkan tenaga kita untuk buat aktiviti harian.Nak berjalan, nak basuh baju, nak masak, nak tengok tv, nak baca buku, nak update blog, nak scroll newsfeed facebook, even nak kelipkan mata pun perlu tenaga.
Bila tenaga dari makanan tu dah habis, kita pun rasa penat, letih dan lapar, jadi kita makan lagi kan? Apa akan jadi kalau kite x makan? Kita pun jadi makin penat, makin letih, last2 mati kebuluran.
Begitulah juga keadaan sel kita sebenarnya. Makanan sel adalah vitamin dan mineral. Vitamin A,B,C,D,E,K ,zat besi, kalsium, magnesium, zinc, colagen, asid amino, asid lemak, semua ni adalah makanan sel. Makanan sel inilah yang kita dok panggil sebagai supplement atau makanan tambahan tu.
Seperti tuannya makan nasi untuk hidup, sel juga memerlukan makanan untuk hidup.
Jika kita manusia lepas makan baru bertenaga nak mop lantai, begitu juga sel, perlukan makanan untuk bina tisu dan organ sihat.
Jika kita manusia, kalau tak makan, nak angkat tangan pun lemah, begitu juga sel, kalau tak makan, sel tak boleh bina tisu sihat.
Jika kita manusia x makan untuk jangkamasa yang lama, kita boleh mati kebuluran, begitu juga sel, jika tak diberi makanan untuk jangkamasa yang lama, sel akan mati.
Jadi tak hairanlah jika anda berhenti mengambil supplement, kulit akan kembali kusam, tulang kembali sakit dan pelbagai penyakit lain muncul. Ini adalah kerana, sel juga macam tuan dia, perlukan makanan secara berterusan untuk menjalankan aktiviti mencantikkan dan menyihatkan tuan dia. Jelas tak puan S?
Dalam semua makanan, sayuran, buahan memang mengandungi vitamins dan minerals, namun adakah ia mencukupi keperluan harian kita? Dan adakah ia berkualiti? Oleh itu, pelbagai syarikat kesihatan tampil dengan pelbagai jenis produk makanan sel (diistilahkan sebagai makanan tambahan,supplement) agar individu yang berkesedaran tinggi dalam penjagaan kesihatan boleh memilih makanan sel yang mereka ingini dengan mudah.
Akhir kata saya ingin tegaskan bahawa SUPPLEMENT adalah MAKANAN bukan UBATAN.
No comments:
Post a Comment