Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).
Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Bahaya Air Ketuban Keruh

ketuban




Masalah air ketuban tidak boleh dipandang remeh. Ia melibatkan keselamatan bayi dalam kandungan. Air ketuban sedikit atau terlalu banyak bahkan berwarna keruh merupakan antara masalah yang boleh berlaku kepada ibu hamil menjelang proses kelahiran.
Antara punca yang menyebabkan air ketuban menjadi keruh adalah berlakunya gangguan kepada bayi di dalam kandungan di mana bekalan oksigen daripada ibu semakin kurang diterima. Ini kemungkinan disebabkan ibu menghadapi masalah kesihatan seperti masalah asma atau pergerakan bayi yang terlalu aktif mengakibatkan tali pusat melilitnya sehingga bayi mengalami stres.
Bayi yang mengalami stres akan mengeluarkan mekonium iaitu najis berwarna kehijauan yang dihasilkan oleh bayi baharu lahir. Apabila bayi sudah mengeluarkan mekonium  akan mengakibatkan air ketuban bertukar menjadi warna hijau keruh.
Berikut ini adalah faktor yang menimbulkan keruhnya ketuban sehingga menyebabkan sindrom aspirasi mekonium :
  • Stres pada janin.
  • Proses kelahiran yang sukar.
  • Hamil yang melebihi tarikh jangkaan bersalin.
  • Ibu yang merokok secara rutin atau yang menderita penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, ataupun kelainan pada jantung.
  • Komplikasi pada tali pusat.
  • Perkembangan intrauterine pada bayi yang tidak baik.

Air ketuban berfungsi sepanjang  kehamilan dan menjelang kelahiran tetapi apabila sudah masuk minggu terakhir (37 – 41 minggu) dan bayi masih di dalam kandungan ia akan berbahaya kepada kandungan.
Air ketuban dapat mengganggu bayi dalam kandungan. Keadaan ini dalam bidang perubatan disebut SAM (Sindrom Aspirasi Aconium).  Air ketuban keruh yang berwarna hijau bahkan berwarna hitam akan mengakibatkan gangguan kesihatan kepada bayi apabila tidak dirawat secepat mungkin.
Ciri-ciri bayi yang mengalami keracunan air ketuban iaitu akan mengalami penuaan pada kulit seperti berkedut dan kukunya memanjang serta ada cairan pada paru-parunya. Oleh itu jika doktor memberitahu anda mengalami masalah ini ikut sahaja nasihat doktor apa yang baik untuk anda dan bayi.

Sumber: Pa&Ma

Saturday, May 10, 2014

[ KEPUTIHAN BAHAYAKAN WANITA HAMIL ]

Diantara kuman-kuman yg membahayakan ibu-ibu mengandung yg mengalami keputihan:

1: CHLAMYDIA
*Bayi boleh d lahirkan lebih awal dri jangkaan tarikh sebenar apabila masalah keputihannya d bawah chlamydia lnataran selaput ketuban yg pecah.Selain itu,ia juga boleh mengakibatkan keguguran,malah lebih teruk lg kehilangan nyawa ibu dan janin sekiranya tidak d tangani(rawat) dalam keadaan yg segera.

2:KUMAN HERPES SIMPLEKS
* Bayi berisiko terkena penyakit radang otak(ensefalitis)apabila kuman Herpes Simpleks bercampur dng keputihan.Jadi periksalah kesihatan anda di peringkat awal agar penyakit berbahaya seperti ini dapat d elakkan...

3:CANDIDA ALBICAN
* Kulat Candida yang menjangkiti cairan keputihan meningkatkan risiko terjadinya masalah epilepsi kepada bayi..

4: NEISSEREA GONORRHOEA
* Bayi berkemungkinan mengalami masalah buta apabila keputihan yang d sebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea menjangkitinya.Di sebabkan itu,para ibu hamil harus berhati-hati dan peka terhadap perubahan yg berlaku ke atas dri mereka. Risiko bahaya boleh d kurangkan sekiranya langkah pencegahan dan pemeriksaan telah d lakukan dari awal

Sumber: wanita minguan 8.2.2013-14.2.2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...