Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).
Showing posts with label Peppermint Ginger Plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint Ginger Plus. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Morning Sickness Ada Baiknya

Assalamualaikum,


Tahniah, anda disahkan hamil!! Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat kan?? Happynya dengar berita gembira ni kan?? Ini lah saat yang dinanti-nantikan oleh pasangan berkahwin..

Tapi.. bila dah tahu anda hamil tu, mesti secara automatiknya terpikir pasal morning sickness kan?? Sering kali kita dengar, awal kehamilan je mesti muntah-muntah, mabuk-mabuk..jap-jap masuk toilet, jap-jap berlari ke singki.. Haaa.. itu la dia seksa di awal kehamilan.. Jangan risau, seksa tu kejap je.. Sebenarnya tu la antara moment indah bila hamil.

Macam saya, saya tak tau apa rasa morning sickness..saya tak de rasa nak lari-lari pegi toilet.. saya tak rasa semua tu.. Dalam hati sedikit lega la kan bila tak mabuk-mabuk ni.. Syukur sangat.. Bagi sape2 yang merasai morning sickness, ada kelebihannya..

Memetik dari Majalah Pa&Ma:

Bagi bakal ibu yang mengalami morning sickness atau alahan teruk di awal kehamilan, ia adalah pengalaman yang paling tidak menyeronokkan. Rasanya seperti hendak segera menghabiskan tempoh masa tiga bulan pertama kehamilan.

Tak sanggup menanggung ketidakselesaan akibat muntah, loya, hilang selera makan, mengantuk dan hilang upaya untuk melakukan tugas harian seperti sebelum disahkan hamil. Memang benar, morning sickness adalah satu gejala yang amat tidak selesa untuk dilalui oleh bakal ibu namun tahukah anda sebenarnya anda adalah ibu yang bertuah berbanding mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness. Mengapa?

Hakikatnya morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 80% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.

Bahkan dalam kajian yang dilakukan juga mendapati terdapat hubung kait antara morning sicknessdengan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Fakta menarik yang ditemui juga mendapati ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness di awal kehamilan boleh merangsang bayi dalam kandungan berpotensi memiliki kecerdikan lebih baik terutama dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.

Gejala morning sickness berlaku juga disebabkan oleh peningkatan kadar hormon hCG Beta dan lebih tinggi daripada progesterone dan estrogen ketika hamil. Jadi, kepada ibu hamil yang sedang melaluimorning sickness, banyakkan bersabar dan fikirkan yang positif kerana anda sebenarnya bakal ibu yang sangat bertuah.

Kesimpulannya,alahan adalah perkara yang normal pada wanita yang hamil dan perbezaan diantara seseorang adalah keseriusannya ada ibu-ibu tersebut. Jika ibu mendapati mereka tidak dapat mengawal alahan ini dan tidak mampu makan dan minum, segeralah mendapatkan pertolongan dari doctor. 



Berminat untuk dapatkan SET MORNING SICKNESS SHAKLEE, boleh hubungi saya segera!!
Konsultansi PERCUMA untuk anda

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.

Tuesday, September 23, 2014

Khasiat Halia - Halia Penawar Serba Guna



Herba pelbagai khasiat HALIA dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.

Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit terutama masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin yang turut menjalankan kajian dan mengumpul maklumat herba memberitahu, dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut.

``Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan,'' katanya ketika ditemui selepas Pameran Ulam dan Peram di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Zainal Abidin, bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

``Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas.

``Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut,'' ujar beliau.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Sementara itu, kata Zainal Abidin, halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Shaklee juga menawarkan produk untuk mengatasi masalah angin ini iaitu Papermint Ginger Plus.








Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai fungsi dan khasiat yang tersendiri setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Fungsi dan kelebihan Peppermint Ginger Plus ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
 Nak order Shaklee?? Boleh hubungi saya terus di talian 0136448443.

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee

Thursday, August 28, 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK



Assalamualaikum korang..ni sy nak kongsikan entri mengenai GASTRIK..pernah tak korang alami GASTRIK?mesti pernah kan..kat perut tu mesti duk rasa pedih je kan bila gastrik menyerang..jom kita tengok bagaimana Shaklee dapat membantu korang yang mengalami gastrik.


















Kat atas ni merupakan 3 jenis CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK..iaitu ESP,OSTEMATRIX dan PEPPERMINT GINGER PLUS..Gastrik ni berlaku disebabkan gas2 dlam perut yang terperangkap dan tidak dapat dirembeskan keluar..tu yang kadang ada yang sakit sampai berguling2 kan..Alhamdulillah sy xpenah alami gastrik ni..


Jom tgok fungsi setiap vitamin ni pulak:


ESP ~ Mengenyangkan..kalau korang slalu skip makan,eloklah amik ESP ni mengikut jadual..perut kosong pun salah satu punca GASTRIK kan..jadi jomm atasi perut kosong dgn ESP!

Ostematrix ~ Ostematrix melegakan masalah pedih akibat gas yang tidak dapat dirembes keluar..ianya juga mampu untuk memulihkan perut yang mengalami masalah asid dan luka dalaman.

Peppermint Ginger Plus ~ Peppermint Ginger Plus ni berfungsi sebagai halia..sebut pasal halia mesti korng dah tau yang fungsinya untuk mengeluarkan angin kan..tidak kiralah samada melalui kentut ataupun sendawa..angin yang keluar dari badan akan melegakan sedikit sebanyak masalah gas dan Gastrik yg dialami.

Jika korang memang selalu dan kerap dapat GAstrik ni, cubalah dapatkan VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK..sayangilah perut korang yang terpaksa menahan sakit akibat gas dan angin yang terperangkap dalam badan..jom sihat bersama Shaklee.

Pm saya laju2 ye..

Hubungi saya,

Hidayah
0136448443

Monday, June 16, 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK: SET GASTRIK BASIC - SUPPLEMENT UNTUK ELAKKAN GASTRIK

Assalamualaikum semua.. semakin hari semakin ramai juga yg menghubungi saya untuk mendapatkan supplement untuk penyakit gastrik nih.. walaupun biasanya gastrik ni berpunca daripada kesialapan diri sendiri, tapi bila sekali dah kena, dan mendengar cerita 'kepedihan' yg ditanggung oleh mereka, saya jadi sayu & kasihan pula.. so, meh saya share sket tips & vitamin Shaklee untuk gastrik ni ye..

APA PUNCA GASTRIK NI SEBENARNYA YE?

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Gastrik juga boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yg terlalu pedas, berasid tinggi/masam, sangat berminyak ataupun disebabkan oleh stress/tekanan.


SO, APAKAH TIPS-TIPS YG BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGELAKKAN GASTRIK?

  • Bersederhana semasa makan dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh.Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

ADA KE VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK??

ADAAAA....

Sebenarnya ada beberapa jenis set vitamin Shaklee untuk gastrik ni.. Tapi yg biasa saya diambil oleh customer saya adalah SET GASTRIK BASIC (kerana harganya yg mampu milik & tidak mahal serta kesannya yg berbaloi-baloi kepada pesakit gastrik).



APA YG TERKANDUNG DALAM SET GASTRIK BASIC NI YE??

 ESP - Penghidap gastrik tidak digalakkan meminum susu. Namun, memerlukan sumber makanan tambahan yang mudah hadam dan mengenyangkan serta dalam masa yang sama memberikan tenaga untuk berpuasa. ESP mampu 'melapik' perut anda agar kenyang dalam jangkamasa yang lama.
 Peppermint Ginger Plus - Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.
 Alfalfa Complex - Mengurangkan kadar keasidan & inflamasi bagi mengelakkan rasa pedih perut.

BERKESAN KE SET NI??

Jom kita tengak salah satu testimoni dari pelanggan saya yg dah mengamalkan set vitamin Shaklee untuk gastrik ni selama 3-4 bulan:



So, siapa yg ada gastrik tu, JOM ORDER SEKARANG!! Jangan biarkan gastrik terus 'menghantui' & menyeksa diri anda. Jom order set vitamin Shaklee untuk gastrik SEKARANG!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Sms/whatsapp: 0136448443 (Hidayah)
SID: 1088306
FB page: HK Vita Shop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...