Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Set Kesihatan Wanita

Wanita dijadikan sungguh istimewa. Kalau tak, tak kan lah boleh digelar supermak, supermommy, soperwoman. Memang tak mudah kan nak pegang tittle wanita serba boleh ni.
Dalam usaha untuk menjadi yang terbaik, adalah perlu badan kita sentiasa sihat dan cergas. Mana mungkin menjadi segala jenis SUPER sekiranya badan kita cepat letih, lesu dan tidak bermaya. Badan kita bukan mesin. Tambahan lagi bila namanya seorang PEREMPUAN, WANITA seudah tentu mengalami pelbagai fasa kehidupan yang menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Untuk jadi superwoman ni jugak, saya sarankan anda untuk mengambil suplemen2 seperti yang dicadangkan untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan kita sebagai super segala super ni.



Antara vitamin cadangan untuk wanita. Jom kita kenali satu persatu:

1. GLA Complex (Gamma Linolenic Acid)
GLA ialah asid lemak perlu yang biasanya dijumpai dalam minyak sayuran seperti minyak pati borage atau minyak dari biji bunga matahari. GLA digunakan secara tradisional sejak dari zaman-berzaman oleh wanita untuk menjaga kesihatan wanita sepanjang kitaran bulanan. GLA bertindak sebagai pencetus kepada pembentukan hormone prostaglandin (PGE1) yang membantu untuk menyeimbangkan hormone, mengurangkan kesakitan semasa haid, dan membantu kesihatan wanita yang menopous.

GLA juga dapat membantu untuk kesuburan wanita. 



2. Omega Guard (Minyak Ikan - Asid Lemak Omega-3)
Asid Lemak Omega-3 membantu untuk mencegah preclamsia, kemurungan selepas bersalin (meroyan), masalah-masalah selepas monopous, masalah tulang dan sendi serta juga dapat membantu mencegah kanser payudara. Asid Lemak Omega-3 juga dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung.
Penggunaan asid-lemak Omega-3 semasa mengandung dan penyusuan dapat membantu perkembangan otak bayi yang sihat.



3. OsteMatrix (Calcium, Vitamin D & Mineral)
Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan mineral seperti magnesium, zinc, manganese dan boron adalah penting untuk pembentukan tulang dan mengekalkan kekuatan tulang. Berdasarkan kepada Journal dari British Medical, kekurangan kalsium boleh meningkatkan risiko osteoporosis.
Semasa mengandung atau menyusukan anak, keperluan kalisum adalah lebih tinggi kerana memerlukan bekalan untuk ibu dan anak.

Kalsium dengan kesemua mineral ini juga baik untuk membantu mencapai  mood yang baik, serta dapat membantu mengatasi sindrom pra-Haid (PMS) serta sindrom selepas menopous.

Baca ulasan terperinci mengenai manfaat Ostematrix disini (Sila Klik)



4. VIVIX  (Polyphenol & Restroverol)
Vivix ialah campuran botanical unik dari buahan yang laya dengan polyphenol & Restroverol tumbuhan. Ia dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik serta mempunyai sifat antioksida untuk merendahkan risiko kanser. Selain itu ia dapat membantu untuk merendahkan  risiko penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung & strok), kencing manis dan kerosakan saraf. Baca ulasan terperinci mengenai manfaat Vivix disini (Sila Klik)




5. Collagen Powder
Serbuk Kolagen dari Shaklee amat istimewa kerana ia adalah kolagen asli yang diekstrak dari kulit ikan merah yang tahan lasak dan cepat menyerap dalam badan. Ia juga diperkaya dengan ekstrak 7 bahan aktif yang baik untuk kesihatan dan keantikan tubuh.  Selain dari meningkatkan keanjalan kulit dan awet muda, kolagen sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan sendi dan saraf serta membantu untuk menyokong kesihatan organ penting dalam badan.
  





Ayuh tingkatkan lagi kesihatan kita untuk jadi wanita SUPER! Saya dan anda adalah wanita hebat!!

Hubungi saya segera untuk order. Konsultasi adalah PERCUMA!




Wednesday, November 19, 2014

Morning Sickness Ada Baiknya

Assalamualaikum,


Tahniah, anda disahkan hamil!! Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat kan?? Happynya dengar berita gembira ni kan?? Ini lah saat yang dinanti-nantikan oleh pasangan berkahwin..

Tapi.. bila dah tahu anda hamil tu, mesti secara automatiknya terpikir pasal morning sickness kan?? Sering kali kita dengar, awal kehamilan je mesti muntah-muntah, mabuk-mabuk..jap-jap masuk toilet, jap-jap berlari ke singki.. Haaa.. itu la dia seksa di awal kehamilan.. Jangan risau, seksa tu kejap je.. Sebenarnya tu la antara moment indah bila hamil.

Macam saya, saya tak tau apa rasa morning sickness..saya tak de rasa nak lari-lari pegi toilet.. saya tak rasa semua tu.. Dalam hati sedikit lega la kan bila tak mabuk-mabuk ni.. Syukur sangat.. Bagi sape2 yang merasai morning sickness, ada kelebihannya..

Memetik dari Majalah Pa&Ma:

Bagi bakal ibu yang mengalami morning sickness atau alahan teruk di awal kehamilan, ia adalah pengalaman yang paling tidak menyeronokkan. Rasanya seperti hendak segera menghabiskan tempoh masa tiga bulan pertama kehamilan.

Tak sanggup menanggung ketidakselesaan akibat muntah, loya, hilang selera makan, mengantuk dan hilang upaya untuk melakukan tugas harian seperti sebelum disahkan hamil. Memang benar, morning sickness adalah satu gejala yang amat tidak selesa untuk dilalui oleh bakal ibu namun tahukah anda sebenarnya anda adalah ibu yang bertuah berbanding mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness. Mengapa?

Hakikatnya morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 80% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.

Bahkan dalam kajian yang dilakukan juga mendapati terdapat hubung kait antara morning sicknessdengan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Fakta menarik yang ditemui juga mendapati ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness di awal kehamilan boleh merangsang bayi dalam kandungan berpotensi memiliki kecerdikan lebih baik terutama dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.

Gejala morning sickness berlaku juga disebabkan oleh peningkatan kadar hormon hCG Beta dan lebih tinggi daripada progesterone dan estrogen ketika hamil. Jadi, kepada ibu hamil yang sedang melaluimorning sickness, banyakkan bersabar dan fikirkan yang positif kerana anda sebenarnya bakal ibu yang sangat bertuah.

Kesimpulannya,alahan adalah perkara yang normal pada wanita yang hamil dan perbezaan diantara seseorang adalah keseriusannya ada ibu-ibu tersebut. Jika ibu mendapati mereka tidak dapat mengawal alahan ini dan tidak mampu makan dan minum, segeralah mendapatkan pertolongan dari doctor. 



Berminat untuk dapatkan SET MORNING SICKNESS SHAKLEE, boleh hubungi saya segera!!
Konsultansi PERCUMA untuk anda

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.

Thursday, August 28, 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK



Assalamualaikum korang..ni sy nak kongsikan entri mengenai GASTRIK..pernah tak korang alami GASTRIK?mesti pernah kan..kat perut tu mesti duk rasa pedih je kan bila gastrik menyerang..jom kita tengok bagaimana Shaklee dapat membantu korang yang mengalami gastrik.


















Kat atas ni merupakan 3 jenis CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK..iaitu ESP,OSTEMATRIX dan PEPPERMINT GINGER PLUS..Gastrik ni berlaku disebabkan gas2 dlam perut yang terperangkap dan tidak dapat dirembeskan keluar..tu yang kadang ada yang sakit sampai berguling2 kan..Alhamdulillah sy xpenah alami gastrik ni..


Jom tgok fungsi setiap vitamin ni pulak:


ESP ~ Mengenyangkan..kalau korang slalu skip makan,eloklah amik ESP ni mengikut jadual..perut kosong pun salah satu punca GASTRIK kan..jadi jomm atasi perut kosong dgn ESP!

Ostematrix ~ Ostematrix melegakan masalah pedih akibat gas yang tidak dapat dirembes keluar..ianya juga mampu untuk memulihkan perut yang mengalami masalah asid dan luka dalaman.

Peppermint Ginger Plus ~ Peppermint Ginger Plus ni berfungsi sebagai halia..sebut pasal halia mesti korng dah tau yang fungsinya untuk mengeluarkan angin kan..tidak kiralah samada melalui kentut ataupun sendawa..angin yang keluar dari badan akan melegakan sedikit sebanyak masalah gas dan Gastrik yg dialami.

Jika korang memang selalu dan kerap dapat GAstrik ni, cubalah dapatkan VITAMIN SHAKLEE UNTUK GASTRIK..sayangilah perut korang yang terpaksa menahan sakit akibat gas dan angin yang terperangkap dalam badan..jom sihat bersama Shaklee.

Pm saya laju2 ye..

Hubungi saya,

Hidayah
0136448443

Monday, May 26, 2014

Cadangan Vitamin Shaklee untuk Keguguran

Jika sebelum ini saya ada menulis sebab berlakunya keguguran, (klik ini), kali ini saya nak suggestkan beberapa vitamin keluaran SHAKLEE untuk ibu2 yang mengalami keguguran. 

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik


Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.






VitaLea (Multivitamin)


Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.






Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.







Zink

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.




ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.









Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. 







Set Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya. 


Anda berminat untuk mendapatkan Set Keguguran Shaklee?? Sudi-sudikan hubungi saya di talian 0136448443. Konsultansi percuma akan diberikan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...