Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Tuesday, December 23, 2014

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Kod Produk:00015 (473ml)
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Tuesday, December 9, 2014

Kek Minyak

Mudah je wat kek ni..sape sape yang suke masuk dapur dan bakor kek tu boleh la wat.
saya wat pun kebetulan sebab oven dah dikeluarkan dari kotak sebab duk bakor cornflakes madu.
tak raya pun bakor cornflakes sebab ada kawan nak. mak buyung biasa la, nak makan yang pelik2 kan. tp ni xde la pelik mane pun. hihi



RESEPI KEK MINYAK

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

- Panaskan oven suhu 170'C
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
- Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
- Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
- Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (guna api atas bawah ye)
- Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Mudah je kan?? 

Macam biasa husband akan bawak g opis dan macam biasa jugak, laku macam goreng pisang panas.. hihi..


Ok bai.

Monday, December 8, 2014

Set Kesihatan Wanita

Wanita dijadikan sungguh istimewa. Kalau tak, tak kan lah boleh digelar supermak, supermommy, soperwoman. Memang tak mudah kan nak pegang tittle wanita serba boleh ni.
Dalam usaha untuk menjadi yang terbaik, adalah perlu badan kita sentiasa sihat dan cergas. Mana mungkin menjadi segala jenis SUPER sekiranya badan kita cepat letih, lesu dan tidak bermaya. Badan kita bukan mesin. Tambahan lagi bila namanya seorang PEREMPUAN, WANITA seudah tentu mengalami pelbagai fasa kehidupan yang menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Untuk jadi superwoman ni jugak, saya sarankan anda untuk mengambil suplemen2 seperti yang dicadangkan untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan kita sebagai super segala super ni.



Antara vitamin cadangan untuk wanita. Jom kita kenali satu persatu:

1. GLA Complex (Gamma Linolenic Acid)
GLA ialah asid lemak perlu yang biasanya dijumpai dalam minyak sayuran seperti minyak pati borage atau minyak dari biji bunga matahari. GLA digunakan secara tradisional sejak dari zaman-berzaman oleh wanita untuk menjaga kesihatan wanita sepanjang kitaran bulanan. GLA bertindak sebagai pencetus kepada pembentukan hormone prostaglandin (PGE1) yang membantu untuk menyeimbangkan hormone, mengurangkan kesakitan semasa haid, dan membantu kesihatan wanita yang menopous.

GLA juga dapat membantu untuk kesuburan wanita. 



2. Omega Guard (Minyak Ikan - Asid Lemak Omega-3)
Asid Lemak Omega-3 membantu untuk mencegah preclamsia, kemurungan selepas bersalin (meroyan), masalah-masalah selepas monopous, masalah tulang dan sendi serta juga dapat membantu mencegah kanser payudara. Asid Lemak Omega-3 juga dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung.
Penggunaan asid-lemak Omega-3 semasa mengandung dan penyusuan dapat membantu perkembangan otak bayi yang sihat.



3. OsteMatrix (Calcium, Vitamin D & Mineral)
Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan mineral seperti magnesium, zinc, manganese dan boron adalah penting untuk pembentukan tulang dan mengekalkan kekuatan tulang. Berdasarkan kepada Journal dari British Medical, kekurangan kalsium boleh meningkatkan risiko osteoporosis.
Semasa mengandung atau menyusukan anak, keperluan kalisum adalah lebih tinggi kerana memerlukan bekalan untuk ibu dan anak.

Kalsium dengan kesemua mineral ini juga baik untuk membantu mencapai  mood yang baik, serta dapat membantu mengatasi sindrom pra-Haid (PMS) serta sindrom selepas menopous.

Baca ulasan terperinci mengenai manfaat Ostematrix disini (Sila Klik)



4. VIVIX  (Polyphenol & Restroverol)
Vivix ialah campuran botanical unik dari buahan yang laya dengan polyphenol & Restroverol tumbuhan. Ia dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik serta mempunyai sifat antioksida untuk merendahkan risiko kanser. Selain itu ia dapat membantu untuk merendahkan  risiko penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung & strok), kencing manis dan kerosakan saraf. Baca ulasan terperinci mengenai manfaat Vivix disini (Sila Klik)




5. Collagen Powder
Serbuk Kolagen dari Shaklee amat istimewa kerana ia adalah kolagen asli yang diekstrak dari kulit ikan merah yang tahan lasak dan cepat menyerap dalam badan. Ia juga diperkaya dengan ekstrak 7 bahan aktif yang baik untuk kesihatan dan keantikan tubuh.  Selain dari meningkatkan keanjalan kulit dan awet muda, kolagen sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan sendi dan saraf serta membantu untuk menyokong kesihatan organ penting dalam badan.
  





Ayuh tingkatkan lagi kesihatan kita untuk jadi wanita SUPER! Saya dan anda adalah wanita hebat!!

Hubungi saya segera untuk order. Konsultasi adalah PERCUMA!




Friday, December 5, 2014

Water Filter Terbaik Malaysia

Saban hari, bekalan air di Malaysia ni nampak sangat kotor kan?? Mau taknya, kalau tadah air, nampak kelodak2 kuning tu; basuh baju putih alih2 berubah jadi kuning; selera pulak tengok macamtu kan.. eeuwww... baju takpe lagi la kan.. air minum tu.. nak masuk dalam perut cik kak oiii... boleh ke nak telan???

Disebabkan hal ni lah Shaklee kenalkan GET CLEAN WATER PITCHER untuk bantu kita minum air bersih dan dijamin selamat. Tak perlu pun nak habiskan duit beribu riban nak dapatkan set ni. Spend duit untuk 3 angka je. Dah boleh dapat complete set. Dah la mudah nak bawa ke mana2. Balik kampung ke, bercuti ke. Mudahkan.

Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?
  • Mudah digunakan...tak perlu nak bersusah payang pasang ke singki... 
  • Hanya tuangkan sajer air kedalam jag, dan tak perlu tunggu lama air sudah boleh terus diminum
  • Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap...sama seperti penapis air yang mahal dipasaran.
  • Tak Perlu susah payah mencuci filter...kerana setiap 303 liter (80gelen) air hanya perlu tukar filternya sahaja..senang keja..kalau filter lain kena basuh kalau dah nampak kekuningan...sungguh malaskan!!!
  • Mudah dibawa kemana-mana...balik kampung, jalan-jalan, berkelah dll.. dijamin seisi keluarga dapat minum air bersih...so, tak perlu lagi beli air mineral...buang duit & mencemarkan alam sekitar dgn botol-botol plastik mineral itu.
  • Dan yang penting sekali... HARGA MAMPU MILIK!! kini semua orang boleh memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah dan tidak perlu bersusah-payah lagi masak air, atau pergi ke kedai-kedai yang menyediakan tempat penapis air itu...atau menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak memiliki air yang bersih..
  • Jimat duit bukan....yang penting semua dapat manfaatnya...tiada lagi air karat dirumah..tiada lagi risiko meminum plumbum berat & apa2 jenis kotoran lain...

Jom kita kenal lebih dekat lagi dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni.
Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
  • Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
  • Yang penting dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita.


Apakah kelebihan dan keistimewaan  Get Clean Water Pitcher.

  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos dan tak perlu dimasak
  • Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  • menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar




Anda berminat? boleh pm saya untuk dapatkan harga terendah di pasaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...