Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Sunday, May 25, 2014

PANDUAN KURUSKAN BADAN

Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Apa itu penyakit SLE ?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah SLE
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE). 

Jenis-jenis Lupus :
  • Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
  • Lebih kurang 90% penghidap penyakit SLE adalah wanita sementara 10% penghidap penyakit SLE adalah lelaki dan kanak-kanak.
  • Lebih kurang 90% wanita yang menghidap penyakit SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
  • Ratio yang mengalami penyakit SLE :
    • Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
    • Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
    • Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
    • Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan dengan penyakit SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap penyakit SLE yang belum disahkan.


Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.
Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.


Jika anda, saudara mara dan kenalan anda ada mengidap SLE, saya cadangkan untuk ikhtiar ambil makanan tambahan dari Shaklee iaitu, Vivix Shaklee.



Untuk dapatkan produk shaklee, boleh hubungi saya di talian 0136448443. Perkhidmatan pos keseluruh Malaysia. 

Thursday, May 22, 2014

Punca Fibroid pada wanita usia muda


Zaman sekarang timbul pelbagai penyakit yang pelik dan mudah kena. Orang zaman dahulu yang kurang kemudahan hospital tidak ramai yang sakit seperti orang sekarang. Segalanya berpunca daripada pemakanan kita dan gaya hidup kita seharian.

Ini antara tulisan yang dipetik daripada Facebook pakar sakit puan Dr Hamid Arshat untuk kita fikirkan bersama:

"Dalam umur 20an tahun sudah tumbuh fibroid yang besar dalam rahim. Adakah ia disebabkan faktor baka atau lain? Mungkin faktor utama ialah pemakanan yang tidak seimbang, beracun dan kurang khasiat.Gadis-gadis sekarang dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan mewah dan meminati makanan segera yang diperoses, diawet dan junk foods.Ibu bapa ikutkan saja kehendak mereka agar tidak menyusahkan mereka. Kanak2 makan benda-benda yang mengadungi terlalu banyak gula, garam perisa dan carbohydrate.Sayur-sayuran lansung tidak dimakan dan buah-buahan tidak begitu digemari. Lauknya hanya ayam dan ikan tidak diminati.Bandingkan dengan ibu dan nenek kita yang banyak makan sayur pucuk ubi, paku, turi, kangkung, bayam, cekor manis serta makan ulam-ulaman. Mereka juga makan keledek, ubi dan keladi.Mereka banyak gunakan kunyit, halia, bawang dan serai dalam masakan. Kesemua itu berkhasiat melindungi dari berbagai jenis penyakit rahim dan ovary."

Kita perlu susun semula sajian makanan kita demi untuk kesihatan.
Apa yang kita makan hari ini? Berapa kali kita bersenam seminggu? Adakah kerja kita dalam penghawa dingin 24 jam?
Jika semua jawapan adalah negatif maka elok untuk kita mula berubah hari ini demi masa depan yang lebih sihat dan ceria!

Di sini juga saya sediakan beberapa cadangan set untuk mengatasi masalah ini.. klik ni.. 

Hidayah
0136448443
Shaklee Independent Distributor

Tuesday, May 13, 2014

[ 10 sebab kenapa saya pilih Shaklee ]

Bila kita membeli sesuatu barang ,mesti kita ada sebab kenapa kita perlu beli barang tu kan??tak kan ada saja2 tanpa sebab.betul x??Macam tu la dengan saya..Kenapa saya pilih Shaklee pun bersebab,Meh saya nak share dengan Uolss apa sebabnya sehingga saya jadi pengguna tegar Shaklee & terus daftar keahlian utk jadi pengedar ♥

1) Shaklee HALAL & diluluskan oleh KKM
2) Produk yang selamat,berkesan & yang penting adalah semulajadi
3) Penggunaan produk yang mampu bertahan sehingga berbulan2..ada yang sehingga 6 bulan
4) Vitamin yang mampu dimiliki oleh semua golongan.
5) Mempunyai peluang side Income sehingga boleh mencecah 4 angka..tapi ini atas usaha gak ye.,kalau RAJIN berusaha.,5 angka pun TAK MUSTAHIL.,
6) Tak payah menggunakan modal & simpan stok kat rumah.
7) Mempunyai group yang hebat2 & saling bantu membantu dalam memberikan sumbangan idea
8) Banyak ilmu yang tak pernah tahu sebelum ni dapat dikongsikan terutamanya tentang kesihatan.,Yang tak pernah tahu sebelum ni sekarang dah macam2 pengetahuan yang dapat.
9) Upline2 yang selalu mengingatkan ilmu akhirat..amalam rohani spt zikir,,solat sunat.,
10) Sentiasa dapat motivasi dari leader2 yg hebat.,Leader tidak lepas tangan dalam membantu orang2 bawah utk berjaya..

Ini la antara sebabnya.. sebab tu saya sentiasa kongsikan dengan uolss apa yang saya tahu..apa yang saya dapat..Kalau anda masih ragu2 dengan Shaklee,anda orang yang silap..Tak kenal maka tak cinta kan??

# Sebab saya pilih Shaklee

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...