Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Thursday, November 13, 2014

Makan Shaklee Tak Berkesan??

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni sy nak share sesuatu yg PENTING ni ttg SHAKLEE.. "MAKAN SHAKLEE TAPI TAK BERKESAN??" Haihhh... topik hot ni... maklumlah SHAKLEE dah bertahun2 kat Malaysia ni.. dah jadi hot produk pun.. semua org kenal tp tak berkesan.. mmg melampau la kan..mesti rasa sia2 je kan beli suplemen kalau tak berkesan.. 


Mesti ada dengar keluhan macam ni kan??

"Minum ESP badan aku gemuk la"

"Makan B Complex tapi kepala sakit sangat, pening, apa masalah eh?? Tak serasi dgn saya ke??

"Dah 3 bulan consume set kesuburan, tapi tak pregnant pun lagi"

"Makan Alfalfa tapi jerawat banyak la keluar, kat belakang badan ada, muka naik jerawat, camne ni, tak cantik dah la muka kak non dik"

"Tak nak dah la makan SHAKLEE, 3 hari tak leh nak bangun.. tak nak tak nak tak nak!!""

Haaahhhh tu dia.. panas je telinga kami as a SID ni.. boleh pulak kata shaklee tak berkesan?? jangan cepat melatah ye semua.. kenapa jangan melatah?? sebab kita kena check balik lifestyle kita.. check balik pemakanan harian kita macam mana.. Jangan asyik menuding jari je sedangkan tu salah sendiri kan?? Muhasabah balik diri kita yer.. jangan letakkan kesalahan sendiri atas bahu orang lain.. susah tau nanti.. hehehe

Ni sy nak bag beberapa faktor yang menyebabkan supplemen tak berkesan:


Pengambilan air kosong dipandang remeh.



Ramai yg lebih gemar minum air manis atau yg berwarna. Tapi kita lupa yg air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabknan kegemukan. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan. Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. 


Makan Vitamin secara banyak dan sekaligus pada satu masa. 


Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan. Cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut keperluan dan kesesuaian supaya kepekatan darah kita tak meningkat secara mendadak pada satu2 masa. Dalam masa kita juga membantu agar buah pinggan tak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan. Makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses.


Pengambilan Kafein. 


Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.


Pengambilan Vitamin bersama ubat. 


Bagi kita yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.


Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. 


Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.


Pantang larang makan vitamin. 


Ada jugak yg tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin tu sendiri. Contohnya multivitamin Vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu sebab multivitamin yg lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi. Kan rugi? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan Alfalfa sebab kalau diambil dengan Alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E. So kalau dah dimaklumkan apa yg boleh dan tidak, elokla ikut. Hehe.


Haaaa.. tu antara beberapa sebab kenapa supplemen tak berkesan.. so, kepada yang mengamalkan suplemen tu dan rasa terkena batang hidung sendiri penyebab2 ni, please ubah ye.. ubah balik lifestyle tu.. beli suplemen dgn agen yg betul2 boleh membantu anda..

Jangan segan silu untuk hubungi saya.. :)



 Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.



Wednesday, November 12, 2014

Cantik dengan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Assalamualaikum dan selamat petang..

Kepada si cantik dan si tampan, tahukah uolss semua yg buah2 dan sayur2 pun mampu utk bantu awak2 semua jadi cantik tau.. mcm sy sendiri pn nak cantik tp x mampu jgk la nk telan buah2 dan sayur setiap hari.. opsss... hehehe.. tp skrg x kisah lg dah sbb sy pengamal multivitamin Vitalea dan Vita C.. senang, telan je.. hehe..

ok, ni sy nak share beberapa jenis buah dan sayur yang yg boleh uolss buat sendiri di rumah.. boleh jimatkan kos kan.. x perlu ke spa.. tp satu je la yg penting.. kene RAJIN.. hehehe



Manfaat Buah- buahan dan sayur- sayuran


Berikut adalah buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh merawat kulit wajah tanpa perlu memikirkan kesan sampingan..rawat kulit semulajadi kan ..hihihi


KIWI
- Dapat membantu mencerahkan kulit wajah serta membersihkan kotoran serta sel kulit mati yang terkumpul pada liang2 kulit wajah. Haluskan buah kiwi dengan cara mengisar. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selamat 10 minit atau hingga kering. Bilas dengan air sejuk.


KUBIS
- Selain dicampurkan dalam bahan makanan, kubis juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan. Kubis mengandungi pelbagai vitamin penting seperti Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin K. Kandungan nutrisi dalam kubis dapat mencantikkan dan menyihatkan kulit.
- Kukus beberapa helai kubis sehingga lembut, kemudian perah dengan tuala kecil yang kering dan bersih sehingga semu cecair dalam kubis berpindah pada tuala. Setelah itu letakkan tuala pda wajah. Biarkan semalaman, kemudian bilas wajah hingga bersih. Kandungan sulfur yang terkandung dalam kubis merupakan bahan yang dikenalpasti mampu mengatasi dan mencegah jerawat. Gunakan masker dari jus kubis untuk mencegah jerawat.


LIMAU NIPIS
- Limau nipis mempunyai kandungan Vitamin C dan Zat anti oksidan yang bermanfaat untuk mengecilkan liang2, menghalus dan mencerahkan kulit wajah.
- Belah buah limau nipis menjadi 2 bahagian , setelah itu perah dan ambil airnya, lalu oleskan pada kulit wajah secara rata. Biarkan lebih kurang 10 hingga 20 minit. Kemudian cucilah wajah dengan air suam. Teruskan membasuh wajah dengan air sejuk.


EPAL
- Buah epal mempunyai manfaat untuk mengurangkan lebihan minyak pada wajah, Dalam masa yang sama juga, ia mampu merawat kulit wajah.
- Caranya , hancurkan buah epal dengan pengisar. Sebaiknya jangan tambah air sedikit pun ketika epal dikisar . Setelah itu oleskan pada wajah selama 30 minit , lalu bilas dengan air bersih. Hasilnya anda akan dapat kulit wajah lembut dan berseri,


TOMATO
- Tomato kaya dengan zat anti oksidan yang dapat membantu mengatasi iritasi pada kulit akibat sinar matahari , mengurangkan bintik hitam dan mencerahkan warna kulit.
- Caranya haluskan sebiji buah tomato , lalu campurkan dengan 1 sudu madu, Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 15 minit . Kemudian basuhlah wajah dengan air suam.


PISANG
- Buah pisang bermanfaat untuk meremajakan kulit dan membuatkan kulit wajah menjadi lembap dan kenyal.
- Caranya hanya dengan mengambil sebiji pisang , kupas kulitnya dan hancurkan buahnya. Selepas itu tambah 1 sudu madu ke dalam pisang yang telah dihancurkan tadi dan oleskan secara rata pada wajah. Biarkan selama 30 minit . lalu bersihkan dengan kapas dan air suam.


TIMUN
- Timun mempunyai manfaat untuk mengangagkat noda2 hitam pada wajah dan boleh membuatkan kulit wajah kelihatan berseri.
- Caranya ambil 1/2 biji timun , kupas hingga bersih . Lalu tambahkan 1 sudu susu tanpa lemak dan 1 sudu yogurt. Kisar semuanya hingga halus. Setelah itu, oles kan pada wajah selama 20 minit dan bilas dengan air suam.


AVOKADO

- Selain untuk menurunkan lemak pada badan. Avokado juga boleh digunakan untuk menjaga kelembapan pada kulit dan memberi nutrisi yang boleh melicinkan kulit wajah. Avokado mempunyai kandungan Vitamin E dan Vitamin C.
- Caranya, lenyekkan avokado dengan sudu atau pengisar. Oleskan pada wajah hingga rata. Biarkan selama 15 minit . Selepas itu, bilas dengan gunakan air bersih.


TERATAI
- Ambil kelopak dari bunga teratai. Tumbuh kelopak teratai hingga halus dan campur dengan madu dan susu untuk membuat pes.
- Gunakan larutan ini seminggu sekali untuk cerahkan kulit secara semulajadi.


UBI SENGKUANG

- Jadikan sebagai masker. Parut sengkuang untuk mendapatkan airnya. Kemudian tuangkan air perahan sengkuang tadi ke dalam mangkuk dan biarkan bagi mendapat mendapan dari sengkuang. Kemudian buang airnya dan tinggalkan sisa sengkuangnya saja. Mendapan ini lah yang dijadikan masker.
- Sapukan pada wajah secara merata hingga kering . Biarkan wajah selama lebih kurang 30 minit , Jika sudah cukup kering , bilas wajah dengan air bersih .Wajah anda akan terasa segar dan bersih dan lakukan secara rutin khususnya sebelum masuk tidur.


STRAWBERI
- Buah strawberi mengandungi asid salisiat (salah satu jenis asid beta-hydroxy yang membantu mengetatkan pada kulit wajah) , silika, serta Vitamin B, C, E dan K yang mempunyai kemampuan menyihatkan meremajakan kulit wajah, mencerahkan dan mengetatkan pori kulit wajah.
- Pilihlah buah strawberi yang masih segar, kemudian cuci bersih dan pisahkan dari batang dan daunnya. Kemudian lumatkan hingga benar2 halus. Sapukan pada seluruh kulit wajah . Jangan terkena pada mata dan biarkan selama lebih kurang 15 minit , Setelah itu bilas dengan air bersih atau suam.Boleh juga ditambah dengan sedikit putih telur . 1 sudu makan air mawar dan beberapa titis minyak essential yang sesuai dengan kulit wajah.Lakukan rawatan ini dua kali seminggu.


BETIK
- Betik boleh digunakan sebagai peeler kerana mengandungi enzim yang boleh meluruhkan ssel2 kulit mati sehingga kulit menjadi bersih dan kelihatan licin.
- Caranya ambil kira-kira 1/4 buah betik yang masak. Kupas dan lumatkan ,sapukan pada wajah. Biarkan lebih kurang 10 minit . Kemudian cucikan wajah dengan air suam. Rawatan kulit dengan buah betik sangat sesuai dengan semua kulit wajah.


Macam2 jenis buah dan sayur ada kan?? dan ianya sangat mudah.. tempek je kat muka.. nnt mesti rasa fresh mcm buah dan sayur baru petik.. hehehe.. 

tapi kalau uolss malas jugak nak buat semua ni sebab kesibukan kerja atau kesibukan menguruskan kerja2 harian, uols boleh dapatkan produk shaklee yg sememangnya untuk KESIHATAN & KECANTIKAN bukan saja utk luaran, malah dalaman juga, jgn segan silu utk hubungi saya ye.. layanan ekslusif utk anda tau..

Sekian. 


 Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.

Monday, November 10, 2014

Roti Jala a.k.a Pukat Buruk Kuah Manis

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ni nak cite pasal semalam.. Omputih kata terobek.. Dek kerana teringin sgt nak makan roti jala aka pukat buruk ni, semangat la nk menjala ptg semalam.. tambah plak dgn pok sedara sorg ni yg hantu pukat buruk jugak, lg bertambah la semangat kami nk menjala..

Nak dijadikan cerita, kat umah aku ni x de kuali leper dan sarang pukat buruk tu.. so, dia pagi2 lagi dah g jengah kat sunway pyramid cari 2 benda penting tu.. tp hampa, yg ada hanya kuali, sarang nye xde..

Last2 ak plak ngn encik suami kuar g cari sarang tu.. habis semua kedai pegi tp xde jgk.. last choice.. MYDIN.. dgn malasnya pegi la jugak kan.. malas bukan apa. Bila weekend tahu2 je la mydin tu.. penuh dgn makhluk Allah.. mmg penuh sangat.. parking pun dah hujung tanjung.. ayyooo

Ok, akhirnya.. kami berjaya menjumpai sarang pukat buruk tu.. balik umah, terus projek kt dapur..

Jom tengok resepi..

Resepi Roti Jala:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Campur ke semua bahan2 ni then blender je senang sbb nk kasi xde ketul2..bila ad ketul2 tu nnti sarang asyik tersumbat je.. leceh.. Lepas blend tu tapis la sekali ye

Resepi Kuah Manis:
Sekotak santan
Nisan kerek/gula melaka/gula perang (optional apa yg ada)
Gula (optional)
Telur (optional)
Secubit garam
Daun pandan

Masak kesemua bahan ni atas api.. agak2 rasa dah sedap, boleh tutup dan selamat untuk di hidang..

Dan inilah hasilnya..


Mudah je kan?? Yg bestnya.. 1st buat tu x cukup.. gigih la g menjala lagi sekali.. makan sampai puas.. hahaha..

Selamat mencuba.. ni resepi terengganu mari ye..

Nak dapatkan produk kesihatan Shaklee boleh contact saya ye..


 Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.


Friday, November 7, 2014

Herbal Blend : Magic Cream Pelbagai Guna

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat,

Sesuai dengan nama Magic Cream, (mmg magic la kan?) Cream Herbal Blend ni mmg terbaik la.. nak2 untuk yg mama2 yg anaknya ada ruam tu kan.. sapu sapu terus sapu.. sapu sapu terus hilang.. haaa.. magic kan... ok, x mau cakap panjang, meh kita kenal2 dgn cream ni..

Apa itu Herbal Blend??






Herbal Blend Multipurpose cream Shaklee ialah krim yang menenangkan. Ianya telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Memang SEMULAJADI. Best kan? Jadi nya herbal blend ni sangat sesuai utk semua lapisan masyarakat dari pelbagai perigkat UMUR.


Kegunaan Herbal Blend??


1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Ramai customer saya bagi feedback POSITIF tentang penggunaan herbal blend ni ke atas anak-anak ECZEMA. Sangat-sangat membantu! Yang kena gigitan serangga pon boleh guna. Jangan risau, ianya selamat dan berkesan, inshaa ALLAH :)


2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah kepada rami orang kan? Muda-muda tumit dah merekah. Boleh cuba herbal blend. Mesti korang akan puas hati dan jatuh cinta gila-gila dengan herbal blend ni.


3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh.


4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.


5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang.


6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Ibu-ibu kena pastikan ada satu tiub herbal blend ni sentiasa utk kegunaan anak-anak anda. Memang sangat MULTIPURPOSE dan BEST


7. Losyen harian
Boleh juga digunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa, takkan menganggu kerja seharian anda.


Testimoni Herbal Blend??

Haaa... hebat kan magic cream ni.. macam2 guna dia saje.. nk hilangkan ruam lah, nak baiki tumit pecah lah.. nak hilangkan parut lah.. hebat2..

macam saya pulak, saya pun pengamal tegar herbal blend ni tau.. saya sapu kat perut masa pregnant ni sebab xnak nanti ada stretch mark.. hihi.. maklumkan la perempuan kan, semua tu nak kene jaga.. ye dok?? selain tu sy guna jugak utk hilangkan jerawat dan parut jerawat.. nampak je jerawat nak menapak, terus sapu, haaa.. tengok esoknya, x jadi naik jerawat tu.. ganas betul penangan herbal blend ni...

Ok, tu kata saya, ni kata pengguna pulak...




Memang disyorkan ibu-ibu yang bakal melahirkan atau sudah mempunyai anak untuk memasukkan produk ini di dalam barang yang perlu ada sebagai persediaan menyambut anak.Memang tahan lama kerana hanya sedikit sahaja cream yang perlu disapukan kepada ruam bayi anda. Harga BERBALOI dan TAHAN LAMA.

Paling best sekarang herbal blend ni adalah READY STOCK ye kawan-kawan. Produk HOT ni memang selalu kehabisan stok, jadi pastikan anda cepat whatsapp saya utk secure satu tiub untuk anda dan keluarga.

Kpd yg nk dapatkan Herbal Blend ni boleh hubungi sy spt butiran kt bawah ni ye..


Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...