Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Saturday, June 14, 2014

Kecantikan Membawa Padah


Assalamualaikum...selamat berhujung minggu. 

Sape nak cantik? Haihh.. mesti la semua nak cantikkan.. Tambah plak skrg ni mcm2 produk kecantikn macam cendawan tumbuh!! Semua benda nak cantikkan? kulit cantik, kasut cantik, baju cantik, macam2 lah.. hehe.. tapi adakah produk yang kita guna pakai tu selamat? Haaa... Jadi jom cek produk yang kita pakai.. Ada tak mengandungi bahan merbahaya... jom tengok senarai ni.. adakah selamat untuk uollsss??

1. PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel partikelnya boleh menyebabkan bendasing pada paru paru yang sensitif.

2. STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

3. MIDAZOLIDINYL UREA & DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens. Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawet mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar dan pengeluaran air mata.

4. METHYL & PROPYL & BUTYL & ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

5. PROPYLENE GLYCOL
Ini adalah gliserin sayur sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Ia ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang.

6. SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk tertera kandungan ini, jangan sekali kali menggunakannya.

7. SYNTHETIC FRAGRANCES
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

8. SODIUM SULFATE (SLS)
Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

9. TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan pH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan dan masalah mata.

Haaa... dah tau kan?? ape tunggu lagi?? g cek semua produk yg uollsss pkai tu.. ada x salah satu dari yg iolss listkan ni.. hehe

Saya pilih yang semulajadi, selamat dan berkesan..

Sumber dari : Rapi 150314

Happy Weekend,
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...