Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Monday, June 30, 2014

Panduan Berpuasa & Kehamilan

berpuasa
Jika tahap kesihatan baik, berpuasa ketika mengandung adalah saat yang disyukuri oleh ramai ibu  hamil. Inilah masanya untuk mereka berpuasa penuh di bulan Ramadhan kerana tiada kedatangan darah haid.
Bagaimanapun bukan semua wanita hamil mampu berpuasa penuh atas sebab mereka mempunyai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan. Berikut adalah golongan yang tidak dibenarkan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan:
*Wanita yang ada sejarah kontraksi pramatang (sebelum minggu ke-36 kehamilan).
*Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak terkawal.
*Melalui kehamilan yang sukar seperti menjalani prosedur IVF dan seumpamanya untuk mengandung.
*Kandungan atau diri sendiri mempunyai komplikasi kencing manis.
*Mereka yang pernah mengalami pendarahan (terutama pada usia kandungan 12 minggu ke atas).
*Mempunyai sejarah keguguran atau mahu gugur.
*Muntah berlebihan.
*Cirit-birit yang teruk.
*Kerap keletihan sepanjang mengandung.
*Mengalami masalah anemia.
*Perlu sentiasa berehat di atas katil (bed-rest).












Sekiranya anda sihat untuk berpuasa, jangan ambil mudah soal pemakanan terutama ketika berbuka puasa dan bersahur. Pastikan anda mengambil cecair antara satu setengah liter hingga dua liter sehari. Ia boleh diminum semasa berbuka, sela masa antara waktu berbuka dan sahur serta ketika sahur.
Semasa berbuka puasa, jangan makan dengan cepat. Mulakan dengan memakan kurma diikuti mengambil jus buah-buahan dan makan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Dengan itu, anda akan mendapat tenaga untuk tempoh yang lama.
Sekiranya ibu hamil menghidap penyakit darah tinggi, anda perlu tahu tahap tekanan darah. Jika ia di paras garis sempadan, anda boleh berpuasa. Namun, dapatkan pemeriksaan kesihatan doktor. Jika tekanan darah tinggi sukar dikawal, pengambilan ubat memainkan peranan. Jika keadaan mendesak, ibu dinasihatkan berpuasa selang hari.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis, sekiranya paras glukosa dalam tubuh tidak dikawal dengan sebaiknya, ia boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan. Ibu yang perlu mengambil insulin setiap hari tidak boleh berpuasa sama sekali.
Bagaimanapun sekiranya kencing manis yang dihidapi hanya memerlukan ibu menjaga diet pemakanan, maka dibolehkan berpuasa dengan pemantauan doktor.
Petanda bahaya ibu perlu berbuka puasa
*Tiba-tiba mengalami pendarahan walaupun hanya sedikit sahaja.
*Kontraksi pramatang iaitu empat kali atau lebih dalam masa sejam. Biasanya disebabkan oleh penyahidratan.
*Terlalu letih.
*Mengalami pening.
*Sakit kepala yang teruk.
*Bayi dalam kandungan kurang bergerak.
*Hyperglacemia akibat kekurangan gula.
*Penglihatan mengalami kekaburan.

Kredit: Pa&Ma

Thursday, June 26, 2014

Petua Hilangkan Selesema

petua
Kerisauan seorang ibu semakin menjadi apabila bayi kecilnya sudah beberapa hari mengalami selesema yang tidak reda. Merengek dan enggan menyusu membuatkan ibu semakin bimbang.

Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.

2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Kredit to: Pa&Ma

Wednesday, June 25, 2014

Kelebihan GLA Complex

GLA 300x293 GLA Complex


Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414


Fungsi GLA Complex SHAKLEE

*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
*Membantu dalam menangani menopus
*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 


  • GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…
  • GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
  • GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.


English Primrose Oil vs. Borage Oil (GLA Complex Shaklee)

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.

s 1325 GLA Complex


Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

 s 1327 GLA Complex

Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).

Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Apa Kata Pengguna??


























Hubungi saya : 0136448443 (Hidayah)
FB: Nor Hidayah Russlan
FB Page: HK Vita Shop

Suplemen Untuk Mudah Mengandung

suplemen

Bukan semua wanita dikurniakan rezeki boleh terus mengandung selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang perlu menunggu berbulan bahkan bertahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Memang kita sedia maklum, ia adalah rezeki kurniaan dari Allah Yang Maha Kuasa.

Namun sebagai bakal ibu anda perlu berusaha mempersiapkan diri untuk mencapai cita-cita bergelar ibu.  Bagaimanapun sekiranya anda termasuk dalam kategori wanita yang perlu menunggu lama sebelum dikurniakan peluang mengandung anak sendiri, jangan pernah berputus asa.

Usaha berterusan perlu dilakukan tanpa henti selain berdoa meminta kepada Yang Maha Esa. Salah satu usaha yang perlu dipraktiskan oleh wanita yang ingin hamil adalah mengamalkan pengambilan suplemen tambahan

Oleh itu bakal ibu perlu mencari ilmu mengenai keperluan suplemen yang diperlukan oleh wanita yang merancang untuk mengandung. Tubuh badan manusia terutama wanita yang hendak memiliki anak memerlukan zat tertentu yang kadang kala tanpa disedari kita tidak cukup mengambilnya.

Antara khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan adalah yang ada terkandung dalam vitamin E, zink, asid pantotenik, kalium, vitamin A, vitamin C, vitamin D, thiamin B6, riboflavin dan niacin. Vitamin tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita seterusnya berpeluang untuk mengandung.

Namun demikian, sekiranya anda sudah berjaya hamil bukan bermakna anda boleh melupakan suplemen itu. Sebaliknya pengambilan itu mesti diteruskan sepanjang kehamilan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan badan yang makin meningkat serta menjaga keadaan tubuh badan  sendiri dan bayi dalam kandungan.

Cadangan Suplemen Set Kesuburan Shaklee


Hubungi: 0136448443 (Hidayah)

Sumber: Pa&Ma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...