Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Tuesday, September 23, 2014

Khasiat Halia - Halia Penawar Serba Guna



Herba pelbagai khasiat HALIA dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.

Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit terutama masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin yang turut menjalankan kajian dan mengumpul maklumat herba memberitahu, dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut.

``Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan,'' katanya ketika ditemui selepas Pameran Ulam dan Peram di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Zainal Abidin, bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

``Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas.

``Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut,'' ujar beliau.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Sementara itu, kata Zainal Abidin, halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Shaklee juga menawarkan produk untuk mengatasi masalah angin ini iaitu Papermint Ginger Plus.








Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai fungsi dan khasiat yang tersendiri setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Fungsi dan kelebihan Peppermint Ginger Plus ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
 Nak order Shaklee?? Boleh hubungi saya terus di talian 0136448443.

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee

2 comments:

Fazira Aziz said...

Rupanya memang blogger eida ni.. nice blog eida. keep up on sharing about u and shaklee.

visit balik akk
www.momsmilkyway.com

Unknown said...

Alahai.. dah lama ada blog kak ira tp suka2 je.. ni dah ada shaklee, leh la tmbah entri.. hehe..

niway, thanks kak.. nk g blog akk plak.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...