Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hidayah (SID: 1088306) di talian 013-6448443(SMS/Whatsapp).

Wednesday, November 19, 2014

Morning Sickness Ada Baiknya

Assalamualaikum,


Tahniah, anda disahkan hamil!! Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat kan?? Happynya dengar berita gembira ni kan?? Ini lah saat yang dinanti-nantikan oleh pasangan berkahwin..

Tapi.. bila dah tahu anda hamil tu, mesti secara automatiknya terpikir pasal morning sickness kan?? Sering kali kita dengar, awal kehamilan je mesti muntah-muntah, mabuk-mabuk..jap-jap masuk toilet, jap-jap berlari ke singki.. Haaa.. itu la dia seksa di awal kehamilan.. Jangan risau, seksa tu kejap je.. Sebenarnya tu la antara moment indah bila hamil.

Macam saya, saya tak tau apa rasa morning sickness..saya tak de rasa nak lari-lari pegi toilet.. saya tak rasa semua tu.. Dalam hati sedikit lega la kan bila tak mabuk-mabuk ni.. Syukur sangat.. Bagi sape2 yang merasai morning sickness, ada kelebihannya..

Memetik dari Majalah Pa&Ma:

Bagi bakal ibu yang mengalami morning sickness atau alahan teruk di awal kehamilan, ia adalah pengalaman yang paling tidak menyeronokkan. Rasanya seperti hendak segera menghabiskan tempoh masa tiga bulan pertama kehamilan.

Tak sanggup menanggung ketidakselesaan akibat muntah, loya, hilang selera makan, mengantuk dan hilang upaya untuk melakukan tugas harian seperti sebelum disahkan hamil. Memang benar, morning sickness adalah satu gejala yang amat tidak selesa untuk dilalui oleh bakal ibu namun tahukah anda sebenarnya anda adalah ibu yang bertuah berbanding mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness. Mengapa?

Hakikatnya morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 80% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.

Bahkan dalam kajian yang dilakukan juga mendapati terdapat hubung kait antara morning sicknessdengan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Fakta menarik yang ditemui juga mendapati ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness di awal kehamilan boleh merangsang bayi dalam kandungan berpotensi memiliki kecerdikan lebih baik terutama dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.

Gejala morning sickness berlaku juga disebabkan oleh peningkatan kadar hormon hCG Beta dan lebih tinggi daripada progesterone dan estrogen ketika hamil. Jadi, kepada ibu hamil yang sedang melaluimorning sickness, banyakkan bersabar dan fikirkan yang positif kerana anda sebenarnya bakal ibu yang sangat bertuah.

Kesimpulannya,alahan adalah perkara yang normal pada wanita yang hamil dan perbezaan diantara seseorang adalah keseriusannya ada ibu-ibu tersebut. Jika ibu mendapati mereka tidak dapat mengawal alahan ini dan tidak mampu makan dan minum, segeralah mendapatkan pertolongan dari doctor. 



Berminat untuk dapatkan SET MORNING SICKNESS SHAKLEE, boleh hubungi saya segera!!
Konsultansi PERCUMA untuk anda

Hidayah
0136448443
Pengedar Sah Shaklee
COD Area: Bandar Sunway, Menara Kurnia, 
Lagoon Perdana dan kawasan sekitarnya.
POS Area: Seluruh Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...